Apa tugas kita sebagai rakyat ?


Assalamualaikum blogger-blogger sekalian ,
Sudah lama jari-jemari ini tidak menaip di blog ini . Zurah sibuk dengan aktiviti persekolahan . Lagi-lagi bulan pertengah tahun ini kerana peperiksaan pertengahan tahun hampir tiba . Jadi , Zurah kena banyak mengulangkaji semua subjek lagi-lagi " matematik " . Mohon maaf , ya .

Kamu tahu esok hari apa ? Tentulah , hari pilihan rakyat . Jadi , kita perlulah bersiap sedia untuk memilih bakal pemimpin kita . Siapa pemimpin kita , haruslah terima dengan seadanya  walaupun pihak pembangkang tidak suka . Janganlah kita bergaduh sesama sendiri kerana politik . Bukan kah lebih baik kita rendahkan ego kita dengan berbaik ? Ingatlah syaitan berada di mana-mana . Syaitan akan cuba membawa kita ke jalan kejahatan . Oleh itu , kita haruslah lawan cakap syaitan . Subhanallah :')

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

P/s : Pilihlah pemimpin yang adil dan jujur dalam segala urusan . Selamat Mengundi (^v^)

1 comment:

Aien Syahierah ♥ said...

Btul tuh.jngn disebbkan berlainan politik kite brgaduh sesama islam.. Pilih pemimpin yang berwibawa lebih menjamin keselamatan dan keamanan negara.Dah brape thun kite merdeka tkkn nk sia-siakan.. Anyway,sye stuju dngn post awk.