Pedih , Gatal , Menyakitkan wahai Kayap !

Bismillahirahmannirahim ;
Assalamualaikum , Hi , Annyeong & Konnichiwa !

Hari ni ada masa terluang sedikit nak taip menaip . So , TERupdate juga entry ni :)
Tajuk post mungkin agak menakutkan sedikit . Lol .Sejak hari Isnin yang lalu , ada satu penyakit ni datang kat Zurah . Rasenya kalau orang yang berpengalaman mesti dia tahu penyakit apa tuh . Apa yang Zurah rasa ? " PEDIH , GATAL " . Kesian Zurah :'( First time kena penyakit . Zurah dah pergi klinik tadi dan doktor bagi ubat .

Penyakit kayap atau shingles adalah penyakit yang
disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali 
varicella-zoster virus, atau VSZ. 
Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.
Simptom2 terkena penyakit kayap ialah pesakit akan alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit . Bahagiankulit juga akan rasa gatal2, geli2, terasa panas sepertiterbakar, rasa macam nak demam, tekak rasa loya, pening berpanjangan, hilang selera makan dan timbul ruam2 panas. 

Jenis2 penyakit kayap :
1) Kayap Ular
  • - paling merbahaya dan boleh membawa maut
  • - boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan
  • - kayap jenis menjalar / melilit ( merebak )
  • - boleh terjadi dimana2 bahagian badan 
  • - bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang
  •   sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada
  • - ada juga menyerang bahagian dada saja
  • - boleh menyerang bahagian urat saraf ' rasa ' . Lazimnya 
  •   ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut 
  •   lengkaran urat saraf ‘ rasa ’.
  • - keadaan kulit boleh melecet, pedih serta sakit
  • - ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke
  •   minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor
  •   usia
Lain2 jenis kayap : 
1) Kayap melukut
2) Kayap jagung
3) Kayap api2
4) Kayap setompok
5) Kayap selendar
6) Kayap harimau
7) Kayap bersambung (umur pendek)

Pantang larang bila terkena penyakit kayap :

1) Ada pendapat mengatakan cepat2 jumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat dan rawatan . Ada juga mengatakan cuma jumpa pakar rawatan tradisional. Jadi ikut yang mana terbaik
    2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian dengan bahagian kulit.

    3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas ( contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau yang baru digosok)

    4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah

    5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta ubat untuk kurangkan rasa gatal2.

    6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.

    7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni akan dijngkiti pula.

    8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.

    9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)

    10) Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.

Antara petua2 lain boleh dicuba :

1) Sapu dengan BEDAK MUNTAH BELUT untuk keringkan / 
    kecutkan kayap tu dan seterusnya menghilangkan
     parut kayap tu

2) Sapu dengan alor vera

3) Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka
    ke bahagian kulit terkena kayap tu

4) Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau 
   ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur . sapukan 
   dibahagian kulit terkena kayap.

5) Gunakan daun pokok duit2. Ditumbuk hancur , ambil 
    daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat 
    dijangkiti kayap tu . Jika boleh, dibengkungkan semalaman.

6) Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan
    bedak sejuk (tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH
    BELUT ) dan tempekkan pada tempat kayap itu.

7) Gunakan daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , 
    Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas 
    di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan 
    bedak sejuk ( tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH
    BELUT ) dan di bancuh pekat. Kemudain di sapu atau tampal
    atau tempekkan pada tempat kayap tu .

8) Gunakan ubi larut. Di gosokkan pada simen atau lesung batu,
    ambil pati nya dan sapu di tempat kayap tersebut.

9) Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur
    dicampur dengan kembang semangkuk

Senarai Ubat " PERLU " makan .
  •    Ubat Antibotik [ Makan 1 biji , 4 kali sehari ] = 4 biji
  •    Ubat tahan sakit [ Makan 2biji , 3 kali sehari ] = 6 biji
  •    Ubat gatal [ Makan 1 biji , 2 kali sehari ] *jika perlu = 2 biji
Senarai kegunaan luar .

1. Krim putih = Setiap hari 

Harga = RM 40
Total = 12 biji pil (!)

Muntah weyh kalau makan 12 biji :'/ * ceh , takde lah sampai muntah . Banyak gila kan ? One more thing , H-A-R-G-A . Mahal nya sampai RM 40 . Tu lerr hang pi " Klinik Swasta " sape suruh -.- Nak buat macam mana ayah ceq yang suruh . Sebab tu klinik kawan dia :B Lol .Kadang-kadang kesian juga tengok keluarga Zurah sebab kena keluarkan duit untuk bayar harga pil tuh . Sobsobsosobsobsob .
Sumber : http://diari-alya2.blogspot.com/2012/01/penyakit-kulit-kayap-dan-bedak-sejuk.html

Korang jom derma untuk bayar ubat penyakit Zurah . Satu klik pun tak pe :')



10 comments:

deno said...

akak pun pernah kena... sampai warded 2 minggu sbb teruk sgt... alhamdulillah tak lama lpas tu pulih... tp kayap mmg sakit dan pedih.. berdenyut-denyut sampai xbleh tido... akak doakan zurah cepat sembuh ya ... :)

Nazurah ♥ said...

@deno : Yup gatal + pedih , sakit sangat ! Terima kasih akak doakan saya :')

Fendy said...

memang bahaya ni...kene berhati2..

Nurul Izzaty said...

MOGA CEPAT SIHAT :D

Cik Huda said...

saya doakan zurah cepat sembuh ye...saya tak pernah ada kayap tapi saya penah kena campak.. ada satu hari tu mak saya tengah goreng saya kena pegi dalam bilik..

Nurul Farhana said...

Hye, tahniah sbb menang topup dari izzah last giveaway :)
nnt boleh emailkan saya no telefon utk sy tansfer topup

mrssenget89@yahoo.com

Dunia Wilma said...

Semoga cepat sembuh Fatin

A Rahmani said...

Salam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk kayap. Disapu pada kayap terasa sejuk saja. Hilang rasa gatal dan pedih. Dalam masa 1 @ 2 hari insyaAllah kering, kulit boleh dikoyak keluar tnggal kulit baru. Hubungi saya untuk mencubanya. Jenama Krim Mutiara Bumi. Harganya cuma 12.00 saja..Hj Man 013438413..T kaseh. 

syue wana said...

Kalau hidap kayap, walaupun kayap dah hilang..sakit saraf disebabkan oleh serangan kayap tu boleh disembuhkan dengan Vivix tau..macam testimoni dalam entri saya ni

http://www.freevitamin.my/2013/11/testimoni-vivix-sembuhkan-kayap-dan.html

A Rahmani said...

salam, saya ada hasilkan krim telah terbukti berkesan untuk kayap. disapu rasa sejuk, hilang/kurang gatal dan rasa pedih dlm 1@2hari sudah mulai kering. Untuk mencuba hubungi Hj Man 0134389413. Harga RM 12.00 satu..tk