Homemade Crepe Durian

Assalamualaikum - Hi - Annyeong !
Salam maal Hijrah semua ! 

Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin. Namun hijrah yang saya ingin sampaikan adalah mengenai perubahan dalam kehidupan sesorang lebih kepada kebaikan dan cara hidup yang islam.

Tetapi kini, ramainya yang berhijrah iaitu memilih jalan ma'siat sebagai cara hidup. Bukan sahaja zina,minum arak dikategorikan sebagai ma'siat, malah kesemua jenis kelakuan yang melanggar syariat islam dikategorikan sebagai ma'siat.

Kemungkinan kita semua pernah mengalaminya dimana ada diantara rakan-rakan kita pernah memilih jalan tersebut seperti:

Dari yang melihat tulisan dan mendengar ayat al-quran kepada melihat benda-benda yang laghah dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan.

Dari yang sentiasa berqiamulail, kini berqiamulail dengan facebook 24 jam

Dari yang bertudung, kini berfesyen seperti sarung nangka.

Ya betul, kesemuanya adalah hijrah.

Tetapi kita sudah tersalah konsep sebernanya. Bukankah hijrah itu perubahan kepada kebaikan bukannya kepada keburukan?

Dari Abu Musa r.a, dari Nabi s.a.w katanya: Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.

Barang sesiapa yang menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolong mereka (Surah Muhammad : 7)

Pintu taubat masih lagi terbuka selagi tidak berlakunya kiamat,jadi menjadi tugas kepada sesiapa sahaja yang menuju ke arah pintu taubat untuk mengajak saudara untuk bertaubat.Bukankah itu satu pekerjaan yang besar di mana kita menarik rakan-rakan kita untuk sama-sama bertaubat?



Azam Zurah ingin menjadi lebih baik dari sebelum ini iaitu sentiasa beribadah , menjadi anak yang solehah dan rajin belajar . Korang doa-doakan ye ? :') Apa pula azam korang ?



   

Okay , now Zurah nak bercerita tentang tajuk asal .
Kelmarin Zurah buat crepe durian dengan family . First time buat crepe . Nasib jadi ;D
Hehehe . Korang boleh tengok komen mereka :)
Oklah tuh jek . Bye & Assalamualaikum

Sumber : I  <3 Islam

                                

  

2 comments:

Ammelia Yusoff said...

inshallah berhijrah menjadi lebih baik utk tahun ini dan tahun seterusnya. btw, best tak crepe?

Nora Karim said...

Salam Maal Hijrah... Moga bermula dengan baik tahun ni sehingga ke akhir tahun.. amin..