Salam Aidilfitri 2012 !


Picture credit to : Akak Azzah .

Assalamualaikum + Annyeong + Hi :D
Salam Aidilfitri kepada semua umat islam  . Apa khabar semua ? Sihat . Hehew . Dah lama Zurah tak post entry , lebih kurang seminggu . Biasalah penat dan busy dengan sekolah . Pejam celik , pejam celik dah raya yang keempat . Sekejapnya , puasa . Jika Syawal sudah menjelang , maka syaitan-syaitan itu semua sudah keluar dari penjara , ma . Hahaha . 
Sudah raya keempat ni , korang still raya dekat kampung lagi ke ? Zurah dah balik ke rumah , sudah . Zurah pulang ke kampung masa hari Sabtu dan pulang ke rumah masa hari Selasa *semalam* Dekat sahaja kampung Zurah , lebih kurang satu jam dah sampai ke destinasi .Walaupun sekejap tetapi meriah . Zurah dan keluarga Zurah pulang dengan cepat kerana sesetengah ahli keluarga Zurah ada yang cuti berapa hari sahaja . Tak macam Zurah , cuti sekolah seminggu sahaja . Hehehe . Seronok habis !
Korang dapat duit raya , tak ? Tentu yang muda-mudi dapat kan ? Hahaha . Zurah yang form 1 ni pun dapat tapi tak banyak , dah besar panjang katakan . -____- Sob-sob . Duit raya kan sedekah . Kadang-kala jeles juga dengan adik-adik dan anak saudara yang dapat tu . Hehehe . *berangan je lebih* Apa yang korang nak buat dengan duit raya tu ? Gunakan sebaiknya , janganlah shopping satu shopping mall .  Habis semua barang . Hahaha . Zurah  ingat nak gunakan duit raya untuk beli Jam Tangan . Jam tangan Zurah dah rosak . Kesian jam tangan Zurah . Dekat setahun dia berbakti kepada Zurah . Hari-hari Zurah pakai dia . :') Lagi satu , Zurah nak beli handphone Samsung Galaxy Y kalau ada duit lebih . Sebab handphone Zurah dah lama rosak dari awal tahun lagi . Zurah susah nak contact kawan-kawan atau jika ada kecemasan , kan susah tu .
 

Apa tema korang tahun ini ? Zurah punya kaler O R E N + Y E L L O W . Tengok tu gambar family Zurah . Sporting tak mereka ?  Jumlah ahli keluarga Zurah ialah 8 Orang . Tambah dengan budak comel kecil tu anak saudara Zurah *anak kakak Zurah* jadi 9 . Kesian anak saudara Zurah , ayah dia kerja masa hari Raya . :') Gambar ini diedit oleh Datin Nazurah . Ehem , Zurah . Salah taip :p Hahaha Cuba teka mana Zurah ? *Yang duduk atas lantai bersebelahan wanita yang pakai baju oren* Muka Zurah kelakar gila ! Hahahaha . Jangan ketawa ! Zurah sahaja boleh ketawa xD 
Sebenarnya , banyak gambar lagi diambil masa raya , tapi kakak Zurah yang pakai baju oren tu , belum upload gambar lain . Oleh itu , Zurah akan post lagi nanti . Muahahhaha . Oklah , sudah panjang lebar entry Zurah *penat taip* . Sebagai pengakhir kata Zurah nak ucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Kepada Semua Umat Islam " . Assalamualaikum dan bye !

No comments: