Kecekapan Penggunaan Elektrik di Sekeliling Kita

            Elektrik merupakan kuasa penjana yang banyak membantu manusia melakukan rutin harian. Tanpa elektrik, barangan elektrik seperti kipas dan lampu tidak dapat digunakan lagi.Dengan adanya elektrik, rutin harian kita menjadi pantas dan senang.

            Antara faktor pembaziran elektrik berlaku adalah pengguna tiada sifat berjimat cermat apabila menggunakan sesuatu benda. Sesungguhnya, sifat membazir ialah kawan syaitan. Selain itu, penggunaan bahan elektrik seperti penyaman udara juga menyumbang ke arah negatif. Hal ini demikian, bahan elektrik tersebut memerlukan tenaga yang banyak.

            Kesannya, bil elektrik naik melambung mencecah ratusan ringgit. Di samping itu, bekalan elektrik akan susut. Elektrik juga menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Bumi juga akan jadi panas akibat penipisan ozon yang dikeluarkan oleh bahan elektrik seperti penyaman udara.

            Salah satu cara untuk mengelakkan pembaziran elektrik berlaku adalah tutup suis lampu atau kipas jika tidak menggunakannya. Seterusnya, kempen kesedaran tentang pembaziran elektrik patut dianjurkan agar mereka tahu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Kempen itu boleh dilaksanakan dengan media akhbar dan media massa. Kerajaan juga perlulah memainkan peranan dengan mewujudkan sesuatu produk yang boleh menjimatkan elektrik.Secara tidak langsung, pembaziran elektrik dapat dikurangkan.


            Akhir sekali, kita perlulah cekap apabila menggunakan elektrik agar generasi akan datang dapat menggunakan elektrik lagi.Bak kata pepatah melayu, "sediakan payung sebelum hujan". Jadi, kita patut mengatasinya sebelum terlewat.

Promotion! Promotion!



SPECIALTEMPLATE (GRED A)



SPECIAL TEMPLATE (GRED B)


STUFF



Assalammualaikum. Zurah nak buat promotion sekejap ye.

Apa perbezaan package A dan B ?
Package A mempunyai macam-macam perubahan berbanding package B. One more thing, package A lebih special berbanding package B.

Package mana yng lebih berbaloi?
Sudah tentu lah package A! Ianya limited edition ;)

Kenapa harga mahal?
Zurah rasa tak lah begitu mahal kerana sesetengah blogger ada yang cas mencecah ratusan ringgit! 

Bayar guna apa?
Bank in. RM9 ke bawah sahaja menggunakan topap.

Ada contoh tak ?

Cuci mata jap...


\




Cara untuk order :
Facebook : http://www.facebook.com/budakkakilike
Page : http://www.facebook.com/pages/Nazurah_offical/247548558650195